Chou Z Lam

Chou Z Lam merupakan bekas penerbit rancangan dokumentasi 'Galeri Mandarin Nasional' di RTM TV2. Khidmat Chou dengan stesen TV kerajaan itu ditamatkan pada 13 Mei 2010.Pada Mei 2010, beliau dipecat gara-gara menayangkan atau berkongsi idea dengan rakyat berhubung dokumentarinya mengenai Empangan Bakun. Ketua penerangan PAS Idris Ahmad mendakwa projek itu merugikan rakyat khususnya penduduk tempatan. Pada 28 April 2010, menerusi blognya Chou mendakwa rancangan 9 bahagiannya itu diarah gugur kerana Barisan Nasional akan menghadapi Pilihan raya kecil Sibu 2010 pada 16 Mei 2010.[1] Beliau turut menerbitkan dokumentasi nasib setinggan Cina dalam 'Pembinaan menara elektrik di Kampung Sungai Terentang,Rawang'.Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Terentang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Calon MCA tewas dalam PRU12 kerana gagal memperjuangkan nasib setinggan Cina di situ.Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee. Heng Sai Kee menyifatkan dokumentasi 10 minit itu tidak seimbang. Pada 6 mei 2010,Ketua Pengarah Penyiaran, Ibrahim Yahaya menafikan RTM ada campur tangan politik dalam penentuan sesuatu program yang disiarkan. Yap Shy Cuan (MCA) telah dilantik untuk memantau rancangan yang diterbitkan oleh unit Galeri Mandarin Nasional, unit Buletin Mandarin tv2 dan program mandarin di radio RTM.[2]